Perkhidmatan Pengangkutan Udara dari Malaysia ke China

Malaysia dan China berdekatan secara geografi dan mempunyai hubungan perdagangan yang rapat, menjadikan perkhidmatan penghantran ekspres dari Malaysia ke China menjadi salah satu perkhidmatan utama MYBEST. Kami menyediakan perkhidmatan logistik udara langsung yang cekap dan selamat kepada China, dengan salura penghantaran ekspres udara yang menggunakan model pembersihan kastam B2B dan B2C. Kami akan memastikan proses pembersihan kastam berjalan lancar. Sekiranya terdapat cukai import di China, bayaran tersebut akan dikenakan kepada penerima di China semasa penghantaran.

Kami menawarkan perkhidmatan logistik komprehensif dari Malaysia ke China. Sama ada untuk kegunaan peribadi, jualan, tujuan perniagaan, atau perpindahan pulang ke tanahair, kami sedia membantu anda. Kami juga menyediakan perkhidmatan pembungkusan percuma dengan harga yang berpatutan. Jika anda memerlukan penghantaran barang dari Malaysia ke China atau mempunyai sebarang pertanyaan mengenai proses pengangkutan, sila hubungi perkhidmatan pelanggan kami. Kami akan memberikan penjelasan yang terpinci kepada anda.

Perkhidmatan pengangkutan udara kami tidak terhad kepada hanya dari Malaysia ke China sahaja. Kami juga menyediakan perkhidmtan pengangkutan udara dari Malaysia ke Hong Kong, Taiwan, Singapura, dan pelbagai destinasi lain. Jangan lepaskan peluang untuk menghubungi MYBEST sekarang!

Pengiraan Berat Dimensi

(Kaedah Pengiraan Volumetrik Penghantaran Udara dari Malaysia ke China)

Barang yang dihadkan dan dilarang dikendalikan

Penghantaran udara dari Malaysia ke China menolak menerima barang-barang berikut: bateri, power bank, tembakau, alkohol, senjata, barang mudah reput, gamat, kerang, sarang burung layang-layang, mata wang, tumbuhan, spesimen haiwan, barang haram, dan pelbagai jenis barang yang dilarang oleh undang-undang negara.
Anda juga boleh berunding dengan kami untuk mengetahui sama ada barang boleh dihantar ke daratan China.

Masa Penghantaran 5-7 Hari

Penghantaran ekspres dari Malaysia ke China melalui pengangkutan udara biasanya mengambil masa sekitar 5-7 hari bekerja dari tarikh penghantaran hingga diterima.
Kecuali pada hari Sabtu dan Ahad, kami menyediakan penerbangan dari Malaysia setiap hari, membolehkan pelanggan menyerahkan barang tanpa perlu menunggu waktu penerbangan. Pelanggan boleh menyerahkan barang kepada MYBEST setiap hari.

Sila lengkapkan borang di bawah untuk hubungi kami